Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bagai mati hidup semula, Nadia bangkit selepas serangan strok -

Bagai mati hidup semula, Nadia bangkit selepas serangan strok

MENDENGARKAN sahaja lagu Salam Untuk Kekasih, pasti nama Nadia Ali kembali berputar dalam ingatan.

Lagu yang cukup popular dekad 90-an itu bukan sahaja diterima ramai tetapi juga dalam masa yang sama mempopularkan nama Nadia- antara penyanyi baru yang meningkat naik ketika itu.

Hampir tiga dekad berlalu, pelbagai pengalaman dilalui olehnya dan pernah hilang seketika daripada radar dunia hiburan tanah air.

Tidak ramai yang mengetahui, wanita yang berasal dari Tawau, Sabah ini pernah diuji dengan serangan strok otak kita-kira enam bulan yang lalu.

“Sekiranya saya meninggal dunia akibat serangan penyakit tersebut, pasti orang akan mengingati saya dengan lagu Salam Untuk Kekasih,” katanya.

Bercerita mengenai insiden berkenaan, semuanya berlaku secara tiba-tiba. Dia yang ketika itu sedang menjayakan sebuah program secara online tiba-tiba mendapat serangan.

Selain tidak boleh berdiri dan mulutnya sukar untuk bercakap sehingga orang sekeliling tidak memahami apa yang dibualkan.

“Kemudian saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital selama beberapa hari sebelum dipindahkan ke wad biasa.

“Alhamdulillah, semua semakin baik dan sekarang sudah 80 peratus pulih,” jelasnya yang kini berusia 50.

Bersyukur dengan nikmat yang dilaluinya, Nadia kini muncul dengan lagu baharu berjudul Insaf yang dilancarkan baru-baru ini.

Nadia gembira kerana dapat menulis sendiri lirik lagu berkenaan dan dalam masa yang sama dapat bekerjasama dengan Julfekar, seorang komposer yang sangat berpengalaman.

“Kini saya tidak akan mensia-siakan hidup dan jaga kesihatan sebaiknya. Saya kini amat menjaga makan ubat kolesterol dan darah tinggi. Setiap bulan akan buat pemeriksaan doktor.

“Saya tak berniat mencari untung wang ringgit dari lagu Insaf ini, kecuali mengharapkan ia diterima sebagai satu amal untuk saya menjawab di akhirat nanti dengan bakat yang ada,” jelasnya.–SB