Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN
PARTI Sosialis Malaysia (PSM) mengumumkan akan bertanding satu kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.
Pengarah filem, R. Arangkannal, yang berusia 46 tahun akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar.
Pengumuman itu dibuat Timbalan Pengerusi PSM, S. Arulchelvan di Bilik Gerakan PSM Kampung Baru Kangkar Pulai, Johor Bahru, malam ini.
“PSM akan menjadi parti yang memecahkan monopoli parti politik elitis pada PRN Johor. Justeru kami ingin mengumumkan penyertaan kami pada pilihan raya kali ini.
“Ini juga merupakan detik bersejarah yang mana buat pertama kali PSM akan bertanding menggunakan logo sendiri di Johor selepas hampir 15 tahun rakan-rakan (ahli) kami terlibat sebagai aktivis di negeri ini,” kata Arulchelvan .
Arangkannal yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kepimpinan PSM Johor sebelum ini pernah menjadi koordinator media bagi Presiden PSM, Mohd. Nasir Hashim bagi Parlimen Kapar ketika di bawah gagasan Pakatan Rakyat (PR). – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.