Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
BATC: Malaysia jumpa Indonesia di pentas final -

BATC: Malaysia jumpa Indonesia di pentas final

SKUAD badminton negara berpeluang melunaskan dendam di atas kekalahan dua tahun lalu apabila dijadual bertemu Indonesia pada aksi final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, esok.

Terdahulu, skuad lelaki negara mara ke final selepas menewaskan Korea Selatan 3-0 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, hari ini.

Indonesia pula mengesahkan tempat bagi perebutan gelaran juara selepas membenam cabaran Singapura 3-2 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Pada aksi final edisi 2020 di Filipina, skuad lelaki negara terpaksa akur apabila tewas 1-3 di tangan Indonesia.

Lee Zii Jia menyumbang mata pertama menerusi kemenangan ke atas Jeon Hyeok Jin 13-21, 21-13, 21-15. 

Pasangan pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Woii Yik meneruskan momentum kemenangan dengan menampilkan permainan yang mantap ke atas Kmi Hwi Tae-Kim Jaehwan. 

Rentak kemenangan diteruskan pemain perseorangan, Ng Tze Yong yang menghadiahkan mata kemenangan buat skuad negara menerusi kemenangan ke atas Kim Joo Wan 19-21, 21-16, 21-12. – SB