JUMLAH jangkitan positif Covid-19 harian merekodkan sebanyak 26,701 kes di seluruh negara pada 17 Februari.
Angka berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia kini mencecah 3,138,215 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada 26,701 kes harian yang dilaporkan, 118 kes (0.44 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 26,583 kes (99.56 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Sementara itu katanya, sebanyak 11,744 kes sembuh direkodkan setakat semalam sekaligus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,888,194 kes .
“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 216 kes, manakala kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 141 kes,” katanya dalam kenyataan harian pada Jumaat.
Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Khamis memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi akan mengumumkan bilangan kes harian Covid-19 pada waktu petang seperti sebelum ini.
Sebaliknya, perkembangan kes Covid-19 di seluruh negara akan diumumkan pada jam 10 pagi hari berikutnya bagi memastikan keseluruhan data dapat diperincikan dengan lebih menyeluruh.—SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.