Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Tanah runtuh, banjir kilat di Brazil ragut 78 nyawa -

[VIDEO] Tanah runtuh, banjir kilat di Brazil ragut 78 nyawa

KEJADIAN tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda bandar Petropolis, Brazil di Rio de Janeiro telah meragut 78 nyawa termasuk enam kanak-kanak.

Hujan lebat pada Selasa melanda kawasan pergunungan, kira-kira 68 kilometer dari utara bandar Rio de Janeiro yang mencetuskan lebih 50 kejadian tanah runtuh.

“Ia merupakan kejadian paling buruk sejak 1932, dengan curahan hujan 240 millimeter dalam tempoh masa lebih dua jam,” kata gabenor negeri Rio de Janeiro, Claudio Castro.

Dalam tempoh enam jam, Petropolis menerima lebih banyak curahan hujan daripada jangkaan sepanjang Februari yang menyebabkan pejabat datuk bandar mengeluarkan perintah bencana awam.

Setiausaha Pertahanan Awam bandar, Gil Kempers berkata dalam sidang media bahawa 21 orang berjaya diselamatkan dan jumlah orang hilang masih tidak diketahui.

Lori bantuan membawa sumbangan mula tiba di Petropolis untuk kegunaan 500 mangsa.

Sementara itu, amaran cuaca dengan banjir lebih hebat pada Khamis dan Jumaat akan melanda bandar itu, berikutan musim hujan di wilayah tenggara Brazil.