Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Dalam hati abang menangis kesakitan, doktor kata tumor semakin besar' - Aaron Aziz kongsi sakit radang leher -

‘Dalam hati abang menangis kesakitan, doktor kata tumor semakin besar’ – Aaron Aziz kongsi sakit radang leher

KEADAAN kesihatan pelakon, Datuk Aaron Aziz nampaknya semakin membimbangkan apabila dia perlu menjalani pembedahan berikutan menghidap radang pada bahagian leher.

Perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baru memandangkan dia pernah berkongsi perkara berkenaan sebelum ini.

Namun, melalui pemeriksaan semasa yang dilakukan di sebuah hospital, radang leher atau cervical spondylosis yang dihadapinya semakin memburuk.

Dia yang berkongsi berita berkenaan di dalam media sosial miliknya berkata, doktor menyarankannya untuk melakukan pembedahan bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk.

“90 minit dalam benda ni. Doktor kata saya perlu pembedahan dan perlu mengambil cuti sakit selama dua bulan. Tapi tak boleh sebab banyak ongoing projek sekarang ni,” kata Aaron selepas menjalini ujian kesihatan.

Jelasnya lagi, dia terpaksa menggunakan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor bagi menghilangkan sakit dan terus bekerja seperti biasa.

“Jadi buat masa sekarang saya hanya menggunakan ubat untuk menghilangkan rasa sakit. Bekerja dalam kesakitan. Hanya Allah tahu apa saya rasa.

“Korang tengok abang senyum sana ketawa sini tapi korang tak nampak bila hati abang menangis kesakitan. Doktor kata tumor semakin besar,” tulisnya lagi.

Radang tulang leher biasanya terjadi akibat proses penuaan tulang yang akan menjejaskan bahagian tulang belakang.

Ada juga kes yang berlaku akibat cakera tulang menjadi nipis atau pernah terjadinya kecederaan lama. – SB