Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MCMC diarah berhubung dengan SRBN tangani masalah kelajuan internet - Annuar -

MCMC diarah berhubung dengan SRBN tangani masalah kelajuan internet – Annuar

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarahkan berhubung dengan Sarawak Rural Broadband Network (SRBN) bagi menangani masalah kelajuan internet. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi hantaran di Twitter memaklumkan, perkara itu susulan berita tular mengenai seorang pemuda di Sarawak yang berdepan kesukaran menjalani temu duga dalam talian disebabkan masalah berkenaan.

“Saya amat bersimpati dengan apa yang beliau harus lalui, namun kagum dengan ketabahan beliau. 

“Rangkaian internet tersebut adalah di bawah seliaan Sarawak Rural Broadband Network (SRBN),” menurut hantaran itu.

Media melaporkan Frank Steward Panting Sa, 19 dari Pakan, Sarawak terpaksa mendaki Bukit Kelingkang selama dua jam untuk mendapatkan kelajuan internet bagi menghadiri temu duga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak secara dalam talian.

Menurut laporan berita itu, kawasan tempat tinggal pemuda tersebut di penempatan rumah panjang Rumah Suing di Teberu, Ulu Kemalih dilengkapi Wifi Sarawak Linking Urban, Rural and Nation (Saluran) namun ia tidak dapat memenuhi keperluan data untuk sesi temu duga itu. – Bernama