Zizan umum tarik diri dari pelaburan Forex

0
331

ISU pelaburan Forex bukanlah satu hal baharu kepada kebanyakan orang. Ada yang sudah berjaya membina kekayaan dan tak kurang juga yang tersungkur di tengah jalan.

Namun pengumuman yang dibuat oleh Zizan Razak pada Selasa begitu mengejutkan. Dia secara tiba-tiba sahaja mengumumkan menarik diri daripada pelaburan Forex.

“Assalamualaikum semua. Harini Zizan telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu.

“Doakan yang baik baik untuk Zizan dan untuk semua. Semoga Allah memberkati kita bersama. Insya-Allah,” tulisnya lagi.

Namun begitu pelbagai komen dan reaksi diterima termasuklah ada yang memujinya untuk tidak terlibat dalam pelaburan yang betul tentu halal.

“Tahniah Zizan. Alhamdulillah Zizan deme sanggup memilih yang halal dari yang haram,” tulis Hamdi Harun.

“Alhamdulillah tahniah Zizan. Mesti rasa berat hati sgt kan pada awalnya tapi Allah mudahkan, Alhamdulillah. All the best for you Zizan. Contoh yg baik untuk peminat,” kata seorang lagi.

“Semoga Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik dan berkat,” kata Mohd Zulzaini pula.

Tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya yang menjadi sebab utama dia menarik diri memandangkan cubaan SatuBerita mendapatkan maklum balas daripadanya tidak berjawab sehingga kini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here