Lelaki maut dalam pejabat di jeti nelayan

0
266

SEORANG lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah pejabat di jeti nelayan, Jalan Tepi Sungai, Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Zulkafle Abdullah berkata, mangsa, Eng Ching Hoe, 43, yang melecur di anggota badan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Katanya, sepasukan anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 7.26 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian, kita mendapati ada kesan peratusan kecil kebakaran struktur pejabat. Pemadaman telah dilakukan orang awam dengan menggunakan hos air domestik.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki dalam keadaan melecur dan tidak sedarkan diri. Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, punca kejadian masih disiasat oleh Pasukan Forensik Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here