SEBANYAK 27,831 kes Covid-19 hari ini menjadikan ia jumlah kes tertinggi sejak kes pertama wabak itu dikesan di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu, jangkitan virus itu meningkat berbanding 22,133 kes semalam.
Jangkitan harian tertinggi Covid-19 pernah direkodkan sejak awal 2020 lalu adalah pada 26 Ogos 2021 melibatkan 24,599 kes.Beliau berkata jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak awal 2020 lalu hingga hari ini mencecah 3,111,514 kes. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.