Empat ditahan kes penemuan mayat lelaki yang ditetak, dibakar

0
173

POLIS menahan tiga lelaki dan seorang wanita di sekitar bandar raya, bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan pada tangan dan muka serta dibakar, di tingkat atas sebuah panggung wayang lama di Pekan Simpang Kuala, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang daripada mereka ditahan semalam, manakala tiga lagi hari ini.

‚ÄúSemua suspek yang berumur antara 30-an dan 50-an direman sehingga 22 Feb.. kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di Alor Setar pada Rabu.

Beliau berkata, identiti lelaki itu masih belum dikenal pasti dan polis masih menunggu laporan bedah siasat.

Pada Selasa, mayat seorang lelaki yang berusia lewat 40-an ditemukan oleh anggota bomba, yang sebelum itu menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran di bangunan terbiar berkenaan pada kira-kira pukul 7 pagi.

Anggota bomba yang menjalankan operasi memadam kebakaran itu menjumpai mayat lelaki berkenaan di bawah tilam dan sofa yang dibakar di sebuah bilik di tingkat atas bangunan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here