Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Demi Road To Heaven, Heliza akan ke Gaza -

Demi Road To Heaven, Heliza akan ke Gaza

PENYANYI dan pelakon Datin Seri Heliza Helmi bersyukur kerana hasratnya untuk menjalani penggambaran filem Road To Heaven mendapat restu daripada suaminya.

Dia gembira apabila hasrat untuk ke Gaza dan Tebing Barat di Palestin direstui oleh suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman meskipun mereka baru sahaja berkahwin.

Dia yang bakal ke sana pada bulan Jun nanti teruja dengan projek berkenaan dan berharap filem berkenaan dapat dilaksanakan seperti mana yang dirancang.

Heliza bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

“Suami saya sentiasa menyokong apa juga yang saya lakukan. Bila saya menyuarakan hasrat untuk ke sana, dia gembira dan turut serta dalam perbincangan itu.

“Kalau tak ada halangan saya akan ke sana pada Jun depan. Kalau ada rezeki dia pun akan ikut ke sana juga. Tapi apa-apa pun kena tengok keadaan juga,” kata Heliza lagi.

Selain Heliza, filem Road To Heaven juga turut dibintangi adiknya, Hazwani Helmi, Josiah Lim dan ramai lagi.

Bercerita mengenai kehidupan peribadi pula, Heliza masih lagi kekok menggunakan gelaran Datin Seri ketika ini.

Jelasnya, dia tidak kisah jika masih ada individu yang memanggilnya dengan menggunakan nama sahaja.

“Selepas berkahwin memang ada yang memanggil saya Datin Seri, tetapi lepas tu saya pesan pada orang tu lebih selesa kalau panggil saya Heliza atau Kak Ja.

“Lagipun Heliza yang dulu dan sekarang tetap sama sahaja. Kadang-kadang kalau pergi program motivasi bersama pelajar, panggil Kak Ja tu rasa lebih mesra,” ujarnya.

Untuk rekod Heliza dan Mahadi berkahwin pada 1 Januari lalu di Putrajaya.–SB