Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dua lelaki maut kereta terperosok bawah treler -

Dua lelaki maut kereta terperosok bawah treler

DUA lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan, apabila kereta dinaiki mereka terperosok ke bawah sebuah treler di Kilometer 362.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Slim River, Tanjung Malim, Perak, pukul 5.40 pagi tadi.

Kemalangan tersebut mengakibatkan kedua-dua mangsa berusia 33 dan 27 tahun yang menaiki kereta jenis Proton Waja tersepit di tempat duduk masing-masing.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati, kereta dinaiki mangsa telah melanggar bahagian belakang treler.

“Perlanggaran itu mengakibatkan kenderaan yang dipandu terperosok masuk dan melekat di treler.

“Pemandu serta penumpang hadapan kereta tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu treler berusia 47 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya memetika laporan Sinar Harian, hari ini.

Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Slim River bagi bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.