Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
21,315 kes baharu Covid-19 - KP Kesihatan -

21,315 kes baharu Covid-19 – KP Kesihatan

KES baharu COVID-19 dalam negara hari ini meningkat sedikit kepada 21,315 kes berbanding 21,072 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menerusi laman sosial Twitter rasminya, Dr. Noor Hisham berkata kumulatif kes kini adalah 3,061,550.

Beliau berkata, 99.59 peratus atau 21,228 daripada jumlah kes baharu itu adalah dalam kategori satu dan dua, manakala 87 kes lagi atau 0.41 peratus berada dalam kategori tiga, empat serta lima. 

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan, kategori tiga melibatkan jangkitan paru-paru, kategori empat membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen, manakala kategori lima adalah kritikal, organ rosak serta memerlukan bantuan ventilator. – Bernama