JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah menafikan video tular penemuan seekor harimau yang berkeliaran berlaku di Bukit Wang, Kubang Pasu, Kedah.
Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Perhilitan Kedah, Jamalun Nasir sebaliknya memaklumkan kejadian berkenaan berlaku di luar negara dan bukan seperti yang dinyatakan pada video tular tersebut.
Terdahulu, satu rakaman video yang tular di media sosial sejak Sabtu memaparkan seekor harimau belang berkeliaran dalam kawasan dipenuhi pokok.
Pada bahagian bawah video berdurasi 30 saat itu turut disertakan teks ‘kehadiran harimau di Bukit Wang, Kubang Pasu, Kedah’.
Video tular berkenaan turut memaparkan ‘pak belang’ itu berkeliaran sambil mengaum beberapa kali tanpa menghiraukan perakam video.–SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.