21,072 kes positif direkodkan, menurun lebih 1,000 kes berbanding semalam

JUMLAH jangkitan positif Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan pada Ahad apabila sebanyak 21,072 direkodkan di seluruh negara.

Angka itu menurun sebanyak 1,730 kes berbanding 22,802 kes yang direkodkan pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah jangkitan pada hari ini itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 kini mencecah 3,040,235 kes.

Katanya, daripada jumlah itu, 99.59 peratus bersamaan 20,986 kes merupakan pesakit kategori 1 dan 2.

Manakala 86 kes bersamaan 0.41 peratus merupakan pesakit kategori 3,4 dan 5.

Maklumat lanjut berhubung kes harian akan dikemas kini ke laman sesawang COVIDNOW tengah malam nanti.–SB