Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penduduk gempar jumpa mayat lelaki terapung -

Penduduk gempar jumpa mayat lelaki terapung

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

SUASANA menjadi gempar seketika apabila penduduk di Kampung Cherang Ruku, Pasir Puteh, menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di kawasan jeti lama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, pagi semalam, lapor Sinar Harian.

Mayat yang tidak mempunyai identiti itu ditemukan pada pukul 10.25 pagi oleh seorang penduduk kampung berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal, sebaik sahaja menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pihaknya terus bergegas ke lokasi.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan luaran ke atas mayat mendapati tidak terdapat sebarang unsur jenayah.

Menurut beliau, mayat tersebut kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh untuk pemeriksaan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – SB