Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
OKT mati dalam tahanan: Setiap kes disiasat teliti - PDRM -

OKT mati dalam tahanan: Setiap kes disiasat teliti – PDRM

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius setiap kes kematian dalam tahanan dan mengambil tindakan komprehensif bagi memastikan setiap kes disiasat secara teliti, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad.

Katanya, PDRM akan memajukan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi memastikan segala aspek siasatan dilengkapkan dengan mematuhi segala prosedur siasatan berhubung kes kematian dalam tahanan menurut Kanun Tatacara Jenayah dan Arahan Amalan Bilangan (2) Tahun 2019.

“Dalam konteks ini, amalan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya adalah bagi mendapatkan nasihat lanjut dan pandangan berhubung prosedur siasatan. Amalan ini bagi memastikan semua peruntukan undang-undang telah dipatuhi dan siasatan adalah lengkap,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Katanya kertas siasatan yang lengkap akan dimajukan dengan kadar segera kepada Mahkamah Koroner untuk tindakan lanjut.

Pada Rabu lepas, PDRM mengesahkan terdapat tujuh kes kematian Orang Kena Tahan (OKT) dengan hanya satu kes melibatkan unsur jenayah.

Tujuh kes yang dilaporkan itu, empat daripadanya merupakan kematian dalam lokap dan dua lagi kes meninggal dunia di hospital manakala satu kes melibatkan kematian ketika OKT dalam perjalanan ke hospital.– BERNAMA