Maut langgar lori roti

0
431

SEORANG pemandu kenderaan pacuan empat roda maut apabila terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan roti di Kilometer (KM) 312.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Tapah, Perak malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, mangsa, Shaik Shafiq Shaik Abdul Halim, 31 maut di tempat kejadian akibat parah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian membabitkan dua kenderaan iaitu Toyota Hilux dan sebuah lori muatan roti.

“Hasil siasatan awal mendapati ketika kejadian, lori yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 53 tahun dalam perjalanan menuju ke utara.

“Tiba di tempat kejadian, dipercayai lori muatan roti terbabit dilanggar di bahagian belakang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu mangsa yang menuju ke arah sama.

“Akibat pelanggaran terbabit, mangsa yang beralamat di Perai, Pulau Pinang mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

Wan Azharuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah dan bedah siasat dijadualkan hari ini selepas terima ujian Covid-19.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here