Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Zoo Melaka ditutup 5 hari kerana Covid-19 -

Zoo Melaka ditutup 5 hari kerana Covid-19

ZOO MELAKA ditutup selama lima hari bermula Khamis ekoran seorang daripada penjaga haiwan di destinasi ikon pelancongan negeri itu dikesan positif Covid-19.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman berkata, penutupan itu bertujuan memberi laluan untuk kerja-kerja sanitasi di Zoo Melaka termasuk kemudahan di dalamnya antaranya kafe, pentas persembahan haiwan, kaunter tiket dan stesen trem, dapat dilakukan secara menyeluruh selama tiga hari bermula Jumaat.

“Setakat ini hanya seorang kakitangan Zoo Melaka didapati positif dan jangkitan adalah daripada ahli keluarga tapi kita terpaksa menutup sementara zoo ini sebagai langkah awal untuk mengekang penularan Covid-19 sekali gus mengelak berlaku kluster baharu memandangkan kes positif COVID-19 di Melaka juga semakin meningkat.

“Penutupan ini bagaimanapun tidak melibatkan operasi pentadbiran dan pengurusan haiwan di Zoo Melaka … ia berjalan seperti biasa,” katanya pada sidang akhbar berkaitan penutupan sementara Zoo Melaka di pejabatnya Melaka pada Khamis.

Shadan berkata, selain itu, kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan pembersihan kawasan zoo tersebut juga akan dijalankan sepanjang penutupan sementara itu sebagai persediaan menghadapi cuti sekolah yang akan bermula pada 26 Februari hingga 20 Mac ini.
 
Beliau berkata, jumlah pengunjung ke Zoo Melaka dijangka terus meningkat sepanjang sesi cuti persekolahan berkenaan dan pihaknya perlu memastikan persediaan rapi daripada aspek prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan fizikal dapat dipatuhi.

Katanya, lebih banyak pintu masuk ke Zoo Melaka akan dibuka bagi memastikan pengunjung tidak beratur panjang dan mengelak mereka berkumpul di luar terlalu lama.

Beliau berkata, Zoo Melaka meliputi kawasan 21.04 hektar dan 3,000 pengunjung berada di dalam kawasan zoo dalam tempoh satu-satu masa tidak menjadi masalah kerana SOP penjarakan fizikal dapat dilakukan.

“Pada cuti Tahun Baharu Cina yang lepas, Zoo Melaka merekodkan sebanyak 32,800 pengunjung dalam tempoh tiga hari bermula 1 Feb dengan purata 10,000 pelancong pada setiap hari bagi tempoh tersebut.

“Sejak 1 Januari hingga hari ini pula, lebih 50,000 orang direkodkan telah berkunjung ke Zoo Melaka dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat menjelang musim cuti sekolah pada Mac depan,” katanya. – Bernama