Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Wan Ahmad Fayhsal dilantik Timbalan Ketua Pemuda PN -

Wan Ahmad Fayhsal dilantik Timbalan Ketua Pemuda PN

KETUA Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal telah dilantik sebagai salah seorang daripada Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN).

Selain Wan Ahmad Fayhsal, turut dilantik ke jawatan tersebut adalah Kong Soon Choi dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jamain Sarudin dari Parti Maju Sabah (SAPP), Wong Chia Zhen dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Afnan Hamimi Tab Azamudden daripada Pas.

Perkara berkenaan dimaklumkan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan berhubung pembentukan Jawatankuasa Pemuda PN, hari ini.

Ahmad Fadhli memberitahu, ketetapan pelantikan Jawatankuasa Pemuda PN itu adalah berdasarkan peruntukan Fasal 23 Perlembagaan Parti PN (Pindaan 2021).

Sementara itu, Muhd. Khidhir Izaidin dari Pas pula dilantik sebagai Setiausaha manakala Muhammad Faiz Rahmad dari Bersatu selaku Penolong Setiausaha.

Pada masa sama, Khairul Nadzir Helmi Azhar dari Pas akan mengisi jawatan Ketua Penerangan sementara Syafiq Mohd. Zin dari Bersatu sebagai Bendahari Pemuda PN.

Ahli jawatankuasa Pemuda PN itu juga merangkumi Mohd Hafez Sabri (Pas), Abqaree Fawwaz Abekan (Bersatu), Dexter Chin Chen Sang (SAPP), Prem Beachile Kitingan (STAR) dan Ir Ong Kean Sing (Gerakan), Hendri Hamsah (Pas) dan Khairul Amilin Abdullah Shukor (Bersatu).

Selain itu, Dr. Brister Mokujal (SAPP), Rizal Johari (STAR), Andy Tan Hum Wei (Gerakan), Dr. Siti Mastura Muhammad (Pas), Mohamad Syafiq Razkhi (Bersatu), Paul Chong Yaw Po (SAPP) dan Jess Joel Moriga (STAR). – SB