Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tuduhan isu balak: Pahang tuntut Shariffa Sabrina mohon maaf, bayar ganti rugi RM1 juta -

Tuduhan isu balak: Pahang tuntut Shariffa Sabrina mohon maaf, bayar ganti rugi RM1 juta

SELEPAS beberapa kali dituduh tidak bertanggungjawab kerana ‘membenarkan’ aktiviti pembalakan tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya, kerajaan negeri Pahang akhirnya menghantar notis guaman kepada aktivis alam sekitar, Shariffa Sabrina Syed Akil kerana didakwa membuat kenyataan fitnah berhubung isu pembalakan di negeri itu.

Notis tersebut menuntut Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) itu permohonan maaf dan membayar ganti rugi RM1 juta atas segala dakwaan yang dibuatnya sebelum ini, lapor FMT.

Menerusi notis dikeluarkan firma guaman Tetuan Hidayah Ishak & Partners, aktivis itu didakwa membuat kenyataan dalam dua catatan Facebook bertarikh 29 Dis dan 30 Dis 2021, dan semasa wawancara Sinar Harian bersama Tokoh Wartawan Negara Johan Jaaffar pada 12 Januari.

Notis itu menyatakan kenyataan Shariffa Sabrina telah membawa maksud dengan membayangkan bahawa kerajaan Pahang:

Tidak bertanggungjawab dengan membenarkan pembalakan di kawasan pergunungan Karak seolah-olah tanpa melakukan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA);
Bersekongkol dengan Jabatan Perhutanan untuk mengeluarkan kenyataan berunsur penipuan bahawa kononnya tiada projek pembalakan di Hutan Simpan Lentang.

Melakukan pembalakan di Hutan Simpan Lentang tanpa rasa bersalah sehingga mengakibatkan malapetaka;
Terlibat dan merupakan punca kepada kegiatan pembalakan dan penerokaan secara haram di tanah hutan kerajaan Pahang; dan
Mengamalkan rasuah dengan membenarkan aktiviti pembalakan secara berleluasa kepada syarikat pembalakan di kawasan hutan Pahang.

Notis itu turut mendakwa dengan kenyataan dikeluarkan tidak berasas aktivis berkenaan, telah menyebabkan kerajaan negeri menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat sekali gus menjatuhkan reputasi dan mencalar nama baik.

“Sikap tidak bertanggungjawab puan dengan kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan telah menyebabkan anak guam kami ditohmah apabila masyarakat beranggapan bahawa anak guam kami adalah kerajaan yang menipu, tidak berintegriti dan tidak bertanggungjawab,” katanya.

Notis itu menuntut Shariffa Sabrina membuat permohonan maaf tanpa syarat kepada kerajaan negeri secara terbuka melalui semua media terutama Facebook dan Instagram.

Katanya, jika Shariffa Sabrina gagal mematuhi notis itu dalam tempoh 14 hari selepas menerima surat berkenaan, kerajaan negeri akan memfailkan tuntutan di mahkamah tanpa merujuk aktivis itu lagi serta akan membuat tuntutan lain.

Sementara itu, Shariffa Sabrina ketika dihubungi FMT berkata, ini bukan kali pertama beliau menerima notis tuntutan sedemikian, malah pernah diugut serta dipenjara dalam memperjuangkan serta memelihara alam semulajadi.

“Ugutan dan salah guna kuasa akan terus digunakan untuk menghalang saya daripada mendedahkan salah laku kerajaan melibatkan jenayah terhadap alam.

“Tindakan kerajaan negeri juga bertentangan dengan kebebasan bersuara dan menunjukkan mereka tidak cekap menangani dakwaan dilemparkan terhadap mereka, serta gagal memperbaiki kelemahan mereka dalam melindungi alam semulajadi,” katanya. – SB