Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mohd Shafiq kini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam baharu -

Mohd Shafiq kini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam baharu

DATUK Seri Mohd Shafiq Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) berkuat kuasa hari ini, umum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Mohd Shafiq, 58, yang sebelum ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, menggantikan Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd Rahman yang bersara wajib pada 16 Januari lepas.

Mohd. Zuki dalam kenyataannya berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenan pelantikan Mohd. Shafiq sebagai KPPA.

“Pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan,” katanya.

Mohd. Shafiq telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 30 tahun dengan jawatan pertama disandangnya ialah sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri pada 1 Disember 1992.

Mohd. Shafiq berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Meiji, Jepun.

“Saya yakin dengan pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki, beliau mampu menggalas amanah dan tanggungjawab dalam menyokong usaha serta memastikan pembaharuan sektor awam selari dengan aspirasi kerajaan,” kata Mohd. Zuki.

Beliau turut merakamkan penghargaan kerajaan kepada Mohd. Khairul Adib atas segala khidmat bakti beliau sepanjang perkhidmatan sebagai KPPA. – Bernama