Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hasni ‘poster boy’ BN, kekal Menteri Besar jika menang – Ahmad Zahid -

Hasni ‘poster boy’ BN, kekal Menteri Besar jika menang – Ahmad Zahid

(Gambar hiasan)

DATUK Seri Hasni Mohammad akan menjadi ‘poster boy’ buat Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac depan dan kembali memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar sekiranya BN menang.

Perkara itu diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi seperti dilaporkan portal The Star, malam Rabu.

Menurut Ahmad Zahid, nama Hasni akan diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk kekal sebagai Menteri Besar selepas BN kembali memegang tampuk pemerintahan di Johor.

Ahmad Zahid turut menyeru semua ahli BN tidak mengambil mudah cabaran dalam PRN Johor terutama dengan serangan berterusan daripada pihak pembangkang.

“Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kita kalah kerana pasukan media sosial kita yang lemah.

“Kali ini, kita perlukan semua orang memainkan peranan masing-masing termasuk pasukan siber,” katanya ketika berucap pada satu majlis BN di Ayer Hitam, Johor, malam tadi.

Ahmad Zahid turut menyeru semua ahli BN tidak mengambil mudah cabaran dalam PRN Johor terutama dengan serangan berterusan daripada pihak pembangkang.

“Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kita kalah kerana pasukan media sosial kita yang lemah.

“Kali ini, kita perlukan semua orang memainkan peranan masing-masing termasuk pasukan siber,” katanya ketika berucap pada satu majlis BN di Ayer Hitam, Johor, malam tadi.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-15 adalah pada hari Sabtu, 12 Mac depan.

Ia ditetapkan selepas SPR mengadakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh iaitu dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 22 Januari lalu.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, penamaan calon pula ditetapkan pada hari Sabtu, 26 Februari manakala hari mengundi awal pada 8 Mac depan.

SPR secara rasmi menerima notis daripada Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berhubung pembubaran DUN Johor penggal yang ke-14 pada 23 Januari lalu.

22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN untuk memberi laluan kepada PRN.

Sebelum dibubarkan, kerajaan negeri diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerusi merangkumi UMNO (14 kerusi); MIC (dua); Bersatu (11); dan PAS (satu).

Pakatan Harapan (PH) pula mempunyai 27 kerusi iaitu DAP (14); PKR (tujuh); dan Amanah (enam). – SB