PENYANYI Shila Amzah, 32, mengesahkan telah bercerai dengan suaminya, Haris Idraki Elias di sebuah Mahkamah Syariah pada Selasa.
Dia yang membuat kenyataan tersebut melalui Instagram menganggap apa yang berlaku sebagai satu perjalanan hidup yang memberikannya pengajaran.
“Semua orang berkahwin untuk mencari kebahagiaan. Tiada orang di dunia ini berkahwin untuk bercerai dan berpisah.
“Apa sahaja kemungkinan dan kemudaratan yang berlaku pada diri kita pasti ada hikmahnya.
“Jadi buat yang terbaik untuk bina semula kehidupan. Semoga jadi yang lebih baik,” katanya dalam satu video pendek yang dimuatnaik.
Tidak memberikan butiran terperinci mengenai penceraian tersebut, anak kepada penyanyi ND Lala ini reda dengan apa yang berlaku.
Meskipun mereka sudah tidak sehaluan, masing-masing tetap akan memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak mereka, Seth Uwais.

Terdahulu, Shila membuat kejutan apabila mengumumkan sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya pada Disember tahun lalu.
Pendedahan tersebut mengejutkan ramai pihak memandangkan tiada siapa dapat menghidu keretakan rumah tangga yang dibina pada 2018 itu.
Dia mengaku berdepan dengan kesulitan setelah keluar dari rumah sendiri di Cyberjaya setelah memfailkan penceraian dan terpaksa berhadapan ujian akibat banjir yang melanda rumah keluarganya di Hulu Langat
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.