Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MARA: Tiga lagi individu selesai beri keterangan - SPRM -

MARA: Tiga lagi individu selesai beri keterangan – SPRM

TIGA lagi individu selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, berhubung siasatan dakwaan salah laku dan integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata seramai 10 lagi individu dikenal pasti, untuk dipanggil bagi memberi keterangan dalam siasatan kes itu.

“Siasatan dijangka mengambil masa dua minggu bermula minggu ini, dan kesemua individu yang dipanggil ini terdiri daripada ahli lembaga pengarah, dan pegawai-pegawai kanan Mara.

“Ini untuk kita tahu sama ada pemberian elaun seperti yang didakwa, mendapat kebenaran ahli lembaga pengarah atau tidak,” katanya kepada Bernama hari ini.

Hishamuddin berkata pihaknya juga mendapat semua dokumen yang diperlukan semasa serbuan ke atas Ibu Pejabat Mara dan Mara Corporation, serta syarikat setiausaha korporat pada Isnin lepas.

Semalam, Bernama melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata seramai tujuh individu selesai memberi keterangan bagi siasatan kes itu.

Sabtu lepas, SPRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Mara, yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi itu.

— BERNAMA