DAP, Amanah dan Muda muktamadkan rundingan agihan kerusi PRN Johor

RUNDINGAN rasmi agihan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor antara tiga parti pembangkang iaitu Amanah, DAP dan Muda selesai dimuktamadkan pada Rabu.

Persetujuan sebulat suara mengenai agihan kerusi tersebut telah dicapai setelah ketiga-tiga pihak mengadakan beberapa siri rundingan.

Perkara ini telah dimaklumkan dalam satu kenyataan rasmi bersama yang dikeluarkan pada hari ini yang mana ia turut menyatakan ketiga-tiga pihak telah mencapai persetujuan dalam tiga matlamat utama berkait dengan PRN ini.

Tiga matlamat utama tersebut adalah –

  1. Memastikan tidak ada pertindihan kerusi antara calon Amanah, DAP dan MUDA di setiap kawasan;
  2. Menumpukan usaha dan tenaga kerja jentera Amanah, DAP dan Muda untuk memenangi setiap calon; dan
  3. Bersama-sama menubuhkan Kerajaan Negeri Johor demi membantu rakyat mencapai impian mereka.

Kenyataan tersebut turut menyebut bahawa rundingan antara Muda dan PKR sedang diteruskan demi kesepaduan menghadapi PRN ini.

Menurut kenyataan yang sama, pihak bersetuju untuk membenarkan Muda bertanding di kerusi yang berikut:

  1. N.5 Tenang
  2. N.7 Bukit Kepong
  3. N.22 Parit Raja
  4. N.26 Machap
  5. N.41 Puteri Wangsa
  6. N.50 Bukit Permai
  • SB