Adele memang besar, sapu tiga kategori utama Brit Awards

SEPERTI yang dijangka, penyanyi Adele menyapu beberapa anugerah utama yang dipertandingkan menerusi BRIT Award 2022 yang berlangsung di London pada Selasa.

Dia yang membawa pulang anugerah kategori Artis Terbaik Sepanjang Tahun turut merangkul beberapa kategori utama seperti Album Terbaik Sepanjang Tahun dan Lagu Terbaik.

Menerusi kategori Artis Terbaik Sepanjang Tahun, Adele mengenepikan beberapa nama besar yang lain seperti Dave, Ed Sheeran, Little Simz, Coldplay dan Sam Fender.

ED SHEERAN

Dalam kategori Album Terbaik Sepanjang Tahun pula, dia berbangga apabila album berjudul 30 diangkat sebagai album terbaik mengalahkan beberapa pencabar yang lain.

Meskipun ramalan awal mengatakan album Ed Shreen berjudul = (equal) mampu menang, nampaknya rezeki berpihak kepada penyanyi yang popular dengan lagu Easy On Me itu.

Antara album lain yang bertanding dalam kategori tersebut termasuklah We’re All Alone In This Together (Dave); Sometimes I Might Be Introvert (Little Simz) dan album Seventeen Going Under (Sam Fender)

Menariknya, lagu Easy On Me bagaikan meneruskan lagu momentum kegemilangan Adele malam tersebut apabila diangkat sebagai Lagu Terbaik Sepanjang Tahun.

Dia yang sudah lima tahun ‘hilang’ daripada radar BRIT Awards, dia berjaya mengenepikan lagu Bad Habits (Ed Shreen), Cold Heart (Pnau Mix), Elton John dan Dua Lipa.

Dalam kategori Duo/ Kumpulan Antarabangsa Terbaik, kumpulan sensasi Korea Selatan, BTS gagal memenangi anugerah setelah tewas kepada duo Bruno Mars & Anderson Paak dan Silk Sonic.

Beberapa penyanyi popular lain turut merangkul anugerah lain termasuklah Dua Lipa, Sam Febder, Wolf Alice, Billie Ellish dan ramai lagi. – SB