SEBANYAK 13 kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan korban meningkat kepada 32,056.
Kementerian Kesihatan melaporkan tiga kematian direkodkan di Selangor, diikuti Kelantan (2), Perak (2), Sabah (2), Kedah (1), Pulau Pinang (1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1).
Tiada kematian baru dilaporkan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Purata 13 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari dengan 10 kematian, menunjukkan aliran menurun.
Setakat semalam, terdapat 83,071 kes aktif Covid-19. Ini peningkatan sebanyak 45.4 peratus daripada 57,149 jangkitan aktif seminggu lalu.
Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif meningkat 108.1 peratus daripada 39,927. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.