Uncle Kentang positif Covid-19 tahap 4

0
280

AKTIVIS masyarakat, Kuan Chee Heng, 57, yang lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor sejak malam kelmarin, selepas dikesan terkena jangkitan Covid-19.

Chee Heng menerusi kenyataan di Facebook peribadinya, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan beliau kini berada pada Tahap 4 jangkitan Covid-19.

“Maaf, telefon saya akan ditutup selama tujuh hari, positif COVID tahap 4, pejabat akan ditutup selama empat hari bermula hari ini (semalam).

“Talian bebas kami juga akan ditutup kecuali untuk urusan ambulans. Kami akan meningkatkan jumlah ambulans Covid-19 kepada dua buah, memandangkan kini lebih ramai yang kena COVID-19,” katanya dalam hantaran Facebook.

Chee Heng bagaimanapun tidak mendedahkan bagaimana beliau mendapat jangkitan tersebut.

“Sila doakan untuk saya sembuh. Kategori 4A Covid positif. Bubuh oksigen,” katanya.

Dalam hantaran berasingan, Uncle Kentang sebelum itu meminta bantuan netizen untuk berkongsi maklumat mengenai hospital swasta yang menjalankan pemeriksaan pengesahan Covid-19.

Chee Heng adalah di antara aktivis masyarakat di negara ini yang terkehadapan dalam membantu golongan memerlukan menerusi pelbagai inisiatif unik tetapi berkesan dalam meringan beban yang memerlukan seperti kemudahan ambulans, teksi 10 sen, rumah penginapan sementara, bantuan kecemasan, barangan makanan serta van jenazah. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here