Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Keputusan laksana fasa endemik bergantung kepada JKKPP - Hishammuddin -

Keputusan laksana fasa endemik bergantung kepada JKKPP – Hishammuddin

KEPUTUSAN menentukan masa bagi pelaksanaan fasa peralihan ke endemik bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 (JKKPP), menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata keputusan itu akan dibuat JKKPP yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta turut melibatkan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan.

“Setakat ini perancangan berkaitan fasa peralihan ke endemik di peringkat Kuartet Menteri COVID-19 telah selesai. Saya tahu banyak pihak mula bimbang susulan gelombang penularan Omicron sedang meningkat dalam kes harian tetapi kita tidak boleh berganjak daripada perancangan ke fasa seterusnya (endemik).

“PKPD akan dibuat susulan kepada kemungkinan kenaikan kes di lokasi dan lokaliti tertentu, kita boleh lakukan tetapi kawalan pergerakan seluruh negara macam dulu tidak mungkin kita akan adakan semula,” katanya pada sidang media mengenai hasil Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di sini hari ini.

Beliau berkata bagi melaksanakan fasa peralihan ke endemik, sistem kesihatan negara khususnya penggunaan katil di wad dan unit rawatan rapi (ICU) perlu berada dalam keadaan terkawal serta tahap kefahaman rakyat mengenai tujuh tonggak bagi pendekatan fasa peralihan ke endemik. – BERNAMA