Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Wanita maut jatuh menara -
Bayi rentung

Wanita maut jatuh menara

SEORANG wanita ditemui maut dalam keadaan hancur pada badan dan kepala selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas sebuah menara di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, di Kuala Lumpur, hari ini.

Polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat wanita berusia lingkungan 30-an itu di lobi menara berkenaan pada jam 6.41 pagi. 

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata pihaknya tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa di lokasi kejadian.

Mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

“Polis menyeru orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita tidak pasti.

“Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan menerusi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di talian 03-22979222,” katanya dalam kenyataan, hari ini.- SB