Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Malaysia kini berdepan dengan gelombang Omicron sepenuhnya - Khairy -

Malaysia kini berdepan dengan gelombang Omicron sepenuhnya – Khairy

MALAYSIA kini sudah sepenuhnya berdepan dengan gelombang varian Omicron, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. 

Menerusi satu hantaran di Twitter rasminya, beliau berkata kes harian COVID-19 dijangka akan mencecah 15,000 tidak lama lagi.

“Masih satu juta warga emas di negara belum menerima dos penggalak (vaksin COVID-19). Tolong maklum kepada orang-orang tua kesayangan anda untuk mendapat dos penggalak dengan segera,” menurut hantaran itu hari ini. 

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Twitternya mengenai imej Berisiko-Terdedah-Berjangkit-Diasingkan (SEIR) kes harian COVID-19 dan unjuran kes dari 31 Ogos 2021 hingga 31 Mac ini.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Khairy turut menyeru orang ramai untuk mengambil dos penggalak dan menekankan tujuan utama vaksin COVID-19 adalah bagi mengurangkan keseriusan gejala.

“Dengan dos penggalak perlindungan anda daripada gejala serius yang boleh menyebabkan kemasukan ke hospital/ICU (unit rawatan rapi) lebih baik. Dapatkan suntikan dos penggalak,” katanya.

Malaysia kembali merekodkan kes baharu COVID-19 melebihi 10,000 apabila 10,089 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 9,117 semalam, menjadikan jumlah kumulatif wabak itu kini meningkat kepada 2,914,220 kes. – BERNAMA