Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kes COVID-19 baharu lebih 10,000  -

Kes COVID-19 baharu lebih 10,000 

KES baharu COVID-19 dalam negara hari ini melebihi 10,000 dengan 10,089 kes dilaporkan setakat 12 tengah hari, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat kepada 2,914,220, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham. 

Kali terakhir Malaysia merekodkan kes baharu COVID-19 melebihi paras 10,000 adalah pada 2 Oktober lepas iaitu 10,915 kes.

Manakala semalam, kes COVID-19 dilaporkan sebanyak 9,117 menunjukkan peningkatan sebanyak 972 kes.

Dr Noor Hisham menerusi Twitter rasmi beliau berkata 99.24 peratus atau 10,012 kes baharu adalah dalam kategori satu dan dua, manakala 77 kes lagi atau 0.76 peratus berada dalam kategori tiga, empat serta lima.

Beliau berkata Selangor merekodkan jumlah tertinggi kes positif iaitu 2,549 kes, diikuti Johor (1,582), Sabah (1,285), Kedah (904) dan Pahang (624).

Ia diikuti Pulau Pinang (542),  Kuala Lumpur (491), Kelantan (471), Negeri Sembilan (464),  Melaka (457), Perak (321), Terengganu (213), Putrajaya (61), Sarawak (58), Perlis (44) dan Labuan (23). – SB