Jika sebelum ini ramai yang tertanya-tanya apakah status hubungan pelakon Sharifah Sakinah dengan lelaki Inggeris terjawab apabila dia mengesahkan mereka sudah berkahwin.
Dia yang berkongsi perkara tersebut melalui Instagram miliknya tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara tersebut selain mengakui sudah menjadi isteri kepada Michael Hansen, 43.

Tegasnya, dia terpaksa menyorokkan berita perkahwinan tersebut atas alasan peribadi dan hanya sekarang baru bersedia untuk mendedahkan kepada umum.
“Disebabkan ramai yang bertanya, iya, kami sudah berkahwin. Terima kasih kepada rakan kongsi dan suami atas sokongan yang diberi terhadap penubuhan Hemmafit (pusat kecergasan).
“Kepada mereka yang tertanya-tanya kenapa kami tidak umumkan perkahwinan kami, ia adalah kerana terlalu peribadi selain perkara membabitkan agama.
“Jadi, kami lebih selesa tidak menghebohkannya. Tetapi sekarang, kami sudah rasmi bergelar suami isteri. Jadi tidak perlu tanya lagi,” luahnya.
Perkongsian yang dibuat oleh wanita berusia 33 tahun itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan peminat.
“Nasib baik dapat laki hensem. Teringat iklan tak kaya takpe, janji hemsem ehh terbalik,” tulis pelakon Sharifah Shahira yang juga merupakan kakak kepada Sakinah.
Terdahulu, Sakinah pernah berkahwin dengan Aliff Adha yang juga merupakan seorang juruterbang pada 2015. Pasangan ini dikurniakan dikurniakan Anais Adha dan bercerai pada 2020.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.