SEBANYAK 9,117 kes Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Kali terakhir jangkitan melepasi angka 9,000 adalah pada 8 Oktober tahun lalu dengan 9,751 kes.
Menerusi Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan jumlah keseluruhan jangkitan kini meningkat kepada 2,904,131 kes.
Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui kes Covid-19 akan meningkat dengan mendadak dalam beberapa minggu akan datang.
Jelasnya, gelombang Omicron ini sangat mudah dijangkiti dan setakat ini, gejalanya jauh lebih rendah daripada Delta.
Lonjakan kes telah berlaku dengan ketara semalam, apabila jumlah kes Covid-19 meningkatkan sehingga mencatatkan 7,234 kes berbanding 5,720 kes pada 3 Februari. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.