Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lebih 130 PATI ditangkap sejak Januari - Polis Kelantan -

Lebih 130 PATI ditangkap sejak Januari – Polis Kelantan

POLIS Kelantan berjaya menangkap lebih 130 pendatang asing tanpa izin sejak Januari lepas. 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata tangkapan berkenaan dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), anggota tugas AM termasuk Jabatan Siasatan Jenayah turut menahan pemandu dipercayai menjadi ‘transporter’ kepada sindiket membawa pendatang asing ke negeri ini.

“Mereka (pendatang asing) mempunyai peluang bergiat aktif susulan Kelantan telah beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) memandangkan tiada kebenaran surat diperlukan dan sebagainya, namun pihak kami telah meningkatkan kawalan terutamanya di kawasan sempadan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang, semalam.

Beliau berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang menjadi tali barut dalam sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin.- BERNAMA