Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
HRV terbakar, tiga maut termasuk dua rentung -

HRV terbakar, tiga maut termasuk dua rentung

DUA mangsa rentung dalam kemalangan maut melibatkan tiga mangsa yang menaiki kenderaan jenis Honda HRV di Jalan Wakaf Bharu Palekbang, Tumpat awal pagi Khamis.

Kenderaan terbabit dipercayai terbabas sebelum terbakar,

Menurut Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan, Mohd Azmir Damiri, seorang daripada mangsa adalah lelaki berumur 33 tahun manakala dua lagi sedang dikenalpasti.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi membabitkan kereta jenis Honda HRV yang dari Cabang Tiga Kepulau menghala ke Wakaf Bharu.

“Sebaik tiba di lokasi, kereta itu dipercayai terbabas menyebabkan seorang daripada mereka tercampak keluar beberapa meter dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dua lagi rakannya rentung dalam kereta yang sedang terbakar dan kita sedang mengenalpasti identiti mereka,” katanya seperti yang dilaporhan BH pada Khamis.

Mohd. Azmir berkata, kejadian itu turut menyebabkan sebuah lagi kereta terbakar iaitu jenis Proton Wira milik penduduk kampung yang diparkir berhampiran serta sebuah rumah kosong yang mengalami 30 peratus kebakaran.

Beliau berkata, semua mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.04 pagi.

“Sebaik tiba, kami dapati api sedang marak dan kelihatan seorang mangsa berada beberapa meter sahaja dari kereta itu dan sudah meninggal dunia manakala dua lagi masih dalam kenderaan yang sedang terbakar.

“Kereta itu dipercayai terbabas sebelum terbakar dan turut terlanggar tiang garaj sebuah rumah kosong yang menyebabkan rumah itu turut mengalami kebakaran 30 peratus manakala sebuah kereta Proton Wira milik seorang penduduk juga hangus.

“Api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 3.35 pagi,” katanya. – SB