Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dua kluster pendidikan direkodkan di Pulau Pinang -

Dua kluster pendidikan direkodkan di Pulau Pinang

DUA lagi kluster pendidikan direkodkan di Pulau Pinang semalam, menjadikan keseluruhan kluster membabitkan pelajar institusi pendidikan dijangkiti Covid-19 yang masih aktif di negeri itu sebanyak 10 ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Norlela Ariffin berkata, dua kluster baharu itu ialah kluster Jalan Pekan Darat membabitkan pelajar asrama perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Tok Jaya dan kluster Jalan Damai Bukit Mertajam melibatkan Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin.

“Kluster Jalan Damai Bukit Mertajam mencatatkan 24 kes positif Covid-19 semalam, manakala kluster Jalan Pekan Darat pula sembilan kes. Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah mengambil beberapa langkah segera bagi membendung penularan wabak itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketika ini 15 kluster aktif dilaporkan di Pulau Pinang iaitu 10 membabitkan kluster pendidikan, manakala sektor perkilangan dan tempat kerja masing-masing dua kluster serta satu kluster pusat tahanan.

Selain itu, menurutnya 433 kes baharu dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 di Pulau Pinang adalah 168,583 kes.

Media sebelum ini melaporkan lapan kluster pendidikan dilaporkan di Pulau Pinang iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Solok Nelayan di Daerah Barat Daya dan empat pusat tahfiz iaitu Kluster Jalan Sungai Nipah, Permatang Binjai, Kubang Semang dan Jalan Lembah, manakala dua lagi ialah institusi kemahiran di Jalan Berapit dan Bukit Panchor serta sebuah politeknik di Jalan Sungai Burung. – SB