Neelofa selamat lahirkan bayi lelaki

0
222

SELEBRITI popular, Neelofa selamat melahirkan anak sulungnya pada pukul 3.44 petang pada Sabtu.

Dia yang baru sahaja berkongsi berita tersebut hari ini menerusi satu hantaran di Instagram miliknya dikurniakan anak lelaki dan kedua-dua mereka berada dalam keadaan baik.

“Assalamulaikum Muhammad Bilal bin Muhammad Haris,” tulisnya ringkas dalam perkongsian tersebut sambil mengumumkan nama bayi mereka

Dalam pada itu, suaminya, Muhammad Haris Ismail yang juga merupakan seorang pendakwah, turut melafazkan kesyukuran apabila isteri dan anak sulungnya selamat dan tidak menghadapi masalah.

“Syukur Alhamdulillah, isteri dan anak selamat. Mereka baik-baik sahaja dan Neelofa juga sedang berehat.

“Terima kasih atas doa dan semangat yang diberikan kepada kami. Semoga anak yang dilahirkan akan membesar dan menjadi khalifah yang berbakti kepada agama dan negara,” kata Haris ringkas.

Untuk rekod, Neelofa atau nama sebenarnyanya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, pada Mac 2020. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here