Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kes baharu Covid-19 terus menurun, 4,774 hari ini -

Kes baharu Covid-19 terus menurun, 4,774 hari ini

JUMLAH kes baharu Covid-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan buat dua hari berturut-turut.

Pada Isnin, jumlah kes baharu yang dilaporkan menurun kepada 4,774 kes berbanding 4,915 kes pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara mencapai 2,870,758 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya di Twitter, hari ini. – SB