PRN Johor: Srikandi Bersatu serah 15 nama pertimbang sebagai calon

0
469

SRIKANDI Bersatu telah menyerahkan 15 nama untuk dipertimbangkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata ketuanya, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Menurutnya, beliau berharap calon wanita berkenaan akan diberi peluang dan ruang sewajarnya oleh pucuk pimpinan untuk dipilih mewakili parti.

“Kita sudah serahkan nama 15 calon wanita untuk PRN Johor.

“Terserah kepada Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan pucuk pimpinan untuk membuat keputusan. Namun saya percaya wanita akan diberi ruang dan peluang sewajarnya,” katanya pada sidang media selepas menyantuni kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) Persatuan Kebajikan Chen Ai, di sini sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat berkata, jentera parti juga sudah digerakkan bagi menghadapi PRN Johor yang akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 9 Februari nanti.

“Kami di Srikandi akan menunggu ‘signal’ (isyarat) dari pucuk pimpinan untuk langkah seterusnya. Di peringkat Srikandi pula, kami juga telah bermesyuarat. Jentera parti telah digerakkan,” katanya.

PRN Johor bakal diadakan selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 Januari lalu.

Susulan pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 9 Februari depan bagi menentukan tarikh penting seperti hari penamaan awal, mengundi awal dan mengundi biasa. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here