SATU kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah lori dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KRK), hari ini.
Kejadian yang berlaku di KM40 Karak arah timur menyebabkan kesesakan hampir 2 jam daripada tol Gombak.
Sementara itu difahamkan, kemalangan tersebut berlaku pada pukul 9.30 pagi.
Menerusi video kemalangan yang dimuatnaik di Facebook Mdm Noor Muktar, dapat dilihat kesemua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut berada di lorong tengah dan kanan Lebuh Raya berkenaan.
Memetik kenyataan dari Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia, nahas melibatkan lori kontena dengan beberapa buah kenderaan lain di laluan Genting Sempah-Bukit Tinggi yang mengakibatkan lorong kanan dan tengah terhalang.
Sementara itu, berdasarkan perkongsian baharu LPT Trafik, trafik sesak dari MRR2 hingga ke Tol Plaza Gombak menghala ke Kuantan.
Manakala di KM20.4 dari Plaza Tol Gombak menghala ke Kuantan hingga KM40.2.
Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan sentiasa pantau keadaan trafik menerusi perkembangan di media sosial rasmi LPT untuk perkembangan lanjut. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.