[VIDEO] PRN strategi ‘Kluster Mahkamah’ kembali berkuasa – Abdul Hadi

0
669

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyelar tindakan kumpulan tertentu dalam UMNO khususnya ‘Kluster Mahkamah’ yang didakwa merencanakan pilihan raya di negeri-negeri (PRN) untuk kembali berkuasa.

Beliau berkata, strategi mengadakan pilihan raya di negeri-negeri bukan strategi baik, tetapi strategi yang menyusahkan rakyat.

“Kalau kita ada moral, lawan saja di mahkamah. Jangan susahkan rakyat. Ini nak susahkan rakyat dengan pilihan raya. Nak selamatkan diri dia susahkan rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah dhuha di Marang Terengganu.

Hadi menegaskan, strategi pilihan raya negeri tidak diteruskan di negeri-negeri lain kerana “ada batas dan sempadannya”.

“Tapi kita tak mahu nak main-main kerana kita nak menyatukan umat.

“Tetapi kalau Umno nak ambil strategi panjang-panjang, kita ada strategi juga.

“Bila tiba masanya kita akan buat strategi ini,” kata Ahli Parlimen Marang.

Hadi juga menegaskan “kekuatan” PAS dengan 197 kawasan daripada 220 kawasan parlimen di seluruh Malaysia.

Katanya lagi, PAS juga mempunyai sejuta anggota dengan 800,000 daripada aktif bergiat.

“Banjir di Pahang, banjir di selangor, banjir di Johor. Jentera-jentera PAS turun.

“Orang lihat. Ada yang bina rumah yang rosak satu malam saja siap rumah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here