KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 10 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Daripada jumlah itu, tiga kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 31,940.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu tiga kes, diikuti Kelantan dan Kuala Lumpur (masing-masing dua) serta Johor, Perak, dan Sarawak (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 47,805 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 124 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 70 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 4,409 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 2,850,408. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.