Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
SUV terhumban ke laut, bekas pekerja salon dipenjara 3 tahun, denda RM10,000 -

SUV terhumban ke laut, bekas pekerja salon dipenjara 3 tahun, denda RM10,000

BEKAS pekerja salon, M. Vaitheswaran, 23, dihukum penjara tiga tahun dan denda RM10,000 selepas didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terhumban dari Jambatan Pulau Pinang, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Majistret Bukit Mertajam yang bertindak sebagai Majistret, Ahzal Fariz Ahmad membuat keputusan itu hari ini selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan lesen memandu Vaitheswaran digantung selama lima tahun.

Terdahulu, Vaitheswaran diperintah membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pada akhir kes pendakwaan.

Pada 2019, Vaitheswaran didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, Moey Yun Peng selepas SUV yang dipandu mangsa di Jambatan Pulau Pinang terhumban ke dalam laut pada 20 Januari 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,00 dan boleh hilang kelayakan lesen memandu tidak lebih tiga tahun daripada sabitan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Nazri Abdul Rahim, manakala tertuduh diwakili peguam K. Paramanathan.

Dalam kejadian pukul 2.54 pagi itu, kereta jenis Toyota Vios yang dipandu Vaitheswaran berlanggar dengan SUV yang dipandu Yun Peng sehingga hilang kawalan dan terjunam ke laut di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai.

Pasukan penyelamat mengambil masa lebih 24 jam dalam usaha mengeluarkan kenderaan itu dari dasar laut iaitu pukul 6.07 petang, 22 Januari 2019 dengan mayat Yun Peng yang masih berada di tempat duduk pemandu kenderaan dengan tali pinggang keledarnya masih terpasang. – SB