Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dr. Maszlee serah kepada pucuk pimpinan isu beliau dipilih MB Johor -

Dr. Maszlee serah kepada pucuk pimpinan isu beliau dipilih MB Johor

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

AHLI Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik menyifatkan laporan sebuah portal bahawa beliau akan dilantik sebagai calon Menteri Besar Johor sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai terlalu awal.

“Terlalu awal untuk bicara isu Menteri Besar. Fokus untuk memenangi PRN dahulu.

“Pelantikan Menteri Besar adalah kuasa mutlak Tuanku Sultan (Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar),” tulisnya ringkas dalam Twitter miliknya.

Beliau mendakwa ‘tidak mempunyai maklumat’ berhubung khabar angin itu sebaliknya hanya akan menurut arahan kepimpinan parti.

“Saya tiada info tentang apa yang diperkatakan (calon Menteri Besar). Saya hanya menurut arahan parti apapun keputusan kepimpinan,” ujar bekas Menteri Pendidikan itu.

Memetik laporan Astro Awni semalam, Maszlee telah disebut-sebut sebagai antara nama calon Menteri Besar Johor seandainya PH memenangi PRN dan beliau berkemungkinan besar akan ditempatkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-layang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, kerusi DUN Layang-layang dimenangi Datuk Onn Hafiz Ghazi menewaskan pencabarnya Murugan Muthu Samy (PH) dan Mohd Jubri Selamat(Pas) dengan majoriti tipis 364 undi. – SB