Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
52 kenderaan rosak ditimpa bumbung akibat angin kencang -

52 kenderaan rosak ditimpa bumbung akibat angin kencang

SEBANYAK 52 kenderaan rosak apabila dihempap bumbung yang berterbangan akibat angin kencang yang melanda di sekitar beberapa unit flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, dalam kejadian 5.30 petang semalam itu, enam rumah Blok A turut mengalami kerosakan manakala bancian masih dilakukan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengenalpasti jumlah unit rumah Blok C yang rosak.

Beliau berkata, pihaknya yang bergegas ke lokasi selepas menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.21 petang menerusi media sosial dan mendapati tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan.

“Tiada pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) dilakukan kerana hanya sebahagian daripada unit kediaman mengalami kerosakan dan penduduk juga tidak mahu berpindah,” katanya menerusi kenyataan, malam tadi.

Kerja-kerja membersihkan kawasan kejadian dilakukan APM serta kakitangan DBKL membabitkan Bahagian Kejuruteraan dan Skuad Penyelamat DBKL. – SB