Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] “Kami terus tengok plan rumah dan hubungi kontraktor" - Ebit Lew bantu bina kembali rumah nenek Rohana -

[VIDEO] “Kami terus tengok plan rumah dan hubungi kontraktor” – Ebit Lew bantu bina kembali rumah nenek Rohana

SEKALI lagi Pendakwah Bebas, Ebit Lew menjadi perhatian netizen selepas beliau membantu seorang warga emas, Rohana Mahfuz, 76, membina semula rumah baharu setelah rumahnya hanyut akibat musibah banjir di Hulu Langat, Selangor. 

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Ebit Lew, beliau memaklumkan telah berjumpa sendiri dengan wanita warga emas tersebut dan akan membina semula sebuah rumah untuknya.

“Kami terus tengok plan rumah dan hubungi kontraktor. 

“InsyaAllah akan bina rumah baru untuk nenek,” tulisnya di ruangan kapsyen..

Lebih mengharukan, warga emas itu dilihat tersentuh sehingga mengalirkan air mata kerana terlalu gembira dapat ditemukan dengan Ustaz Ebit Lew.

“Menangis je dari mula jumpa tadi. Dah sebulan nenek tak tahu macam mana nak bina rumah.

“Dari mula hanya meluah rasa dan ujian hidupnya. Satu sahaja saya minta dengan ustaz doakan nenek disayangi Allah dan masuk syurga,” katanya.

Terdahulu, nasib Rohana mendapat perhatian selepas rumah pusaka yang dibina pada tahun 1969 peninggalan ibu bapanya hanya tinggal tangga selepas dilanda banjir besar pada 18 Disember lalu. 

Bagaimanapun, media melaporkan, setakat ini tiada mana-mana pihak tampil untuk membantu Rohana membila semula rumahnya- SB