SERAMAI 32 penduduk di Taman Islam Kampung Bakau Tinggi, Chukai, Kemaman, Terengganu tinggal sehelai sepinggang selepas tujuh buah rumah yang didiami mereka musnah dalam kebakaran hari ini.
Kebakaran tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7.40 pagi dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman, Mohd. Hasbullah Halipah berkata, 34 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai dan Kijal bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat kebakaran itu pada pukul 7.45 pagi.
“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, tiga rumah rumah sedang marak terbakar sebelum merebak ke empat rumah lain tidak lama kemudian.
“Keadaan rumah separa kayu dan batu yang terletak berhampiran menyebabkan api merebak dengan cepat,” katanya menurut laporan Kosmo.
Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.